Pages

Ultra Medic Rider (Pelan Perubatan)

  ULTRA MEDIC RIDER



Perlindungan + Kad Rawatan + Simpanan ( 3 Dalam 1 )


ADAKAH ANDA SUDAH BERSEDIA UNTUK KOS RAWATAN YANG MUNGKIN ANDA HADAPI ?
Dengan memiliki ULTRA MEDIC RIDER ETIQA TAKAFUL anda layak mendapat MANFAAT seperti berikut:

1. Cashless, zero ko-takaful. Bil hospital ditanggung 100% sehingga habis had tahunan/sepanjang hayat.

2. Tempoh maksima penginapan hospital dinaikkan menjadi 180 hari per year berbanding 120 hari per year seperti yang biasa ditawarkan dalam industri.

3. Home Care Benefit sehingga RM200 sehari.

4. Perubatan alternatif selepas keluar hospital seperti akupunktur, homeopathy dsb sehingga RM300 per treatment.

5. Khidmat Medical Second Opinion dari mana-mana hospital terkemuka dunia.

6. Kelayakan wad sehingga RM500 per hari.

7. No Claim Bonus (NCB) pun ada tiap2 tahun.

8. Manfaat penjagaan kanak-kanak di hospital sehingga RM150 per hari.

9. Peserta berumur 64 tahun masih berpeluang untuk memiliki kad Ultra Medic ini. Jadi, ibubapa anda boleh mohon jika masih belum 64 tahun umurnya.

10. Kad ini boleh diperbaharui secara automatik hingga umur 88 tahun tanpa mengira keadaan kesihatan peserta sepanjang tempoh polisi.

11. Tak usah risau mengenai berapa kali lawatan doktor bagi satu-satu hari di hospital.

12. Elaun harian hospital kerajaan sehingga RM200 per hari.



PERATURAN

1)  Takaful ULTRA Medic Rider boleh di gandingkan dengan Polisi Takaful Keluarga yang baru seperti:
i.  Etiqa Harmoni
ii. Etiqa Prisma
ii. Etiqa Prisma+
2) Tempoh menunggu untuk kemasukan ke hospital adalah selama 30 hari dari tarikh kuat kuasa sijil melainkan disebabkan oleh kemalangan


3) Penyakit-penyakit Khusus yang dinyatakan bermaksud penyakit-penyakit dan komplikasi-komplikasi berikut, berlaku dalam masa 120 hari kepada Peserta:


a) Hypertension, diabetes mellitus dan Penyakit Kardiovaskular
b) Semua tumor, kanser, cyst, nodules, polyps, stones of the urinary system dan sistem billiary
c) Semua penyakit berkaitan telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak
d) Hernias, hemorrhoids, fistulae, hydrocele, varicocele
e) Penyakit Endometriosis termasuk sistem peranakan
f) Penyakit Vertebro-spinal (termasuk disc) dan sakit lutut
4) Sumbangan dari Takaful Medic-Save Rider mestilah kurang atau minimum 50% dari jumlah keseluruhan Sumbangan


5) Kelayakan Penyertaan (pada tarikh lahir akan datang)
Minima : 30 hari
Maksima : 65 tahun
Umur Maksima Dilindungi : 88 tahun



CARA BAYARAN
     
Semua pembayaran mestilah sama dengan Sijil Asas
Contoh: Jika Sijil Asas adalah secara bulanan, maka sama juga dengan Rider.
Tempoh perlindungan mestilah sama dengan Sijil Asas atau minima 5 tahun dari tarikh mula, dan maksima 75 tahun, yang mana terdahulu.


PEMBATALAN

Rider ini akan terbatal secara automatik sekiranya:
a) Sumbangan tidak dijelaskan
b) Polisi paid-up, matang, luput, tidak dibayar atau dibatalkan
c) Peserta meninggal atau hilang upaya kekal
d) Permohonan bertulis daripada peserta untuk membatalkan rider
e) Jika tuntutan melebihi had seumur hidup
f) Penyakit Vertebro-spinal (termasuk disc) dan sakit lutut

# Anda akan dapat manfaat di atas dan banyak lagi dengan hanya menyertai Etiqa Takaful.



                                 " Kesusahan sebenar bukan ketika kita tiada duit,
                                   tetapi ketika kita sudah tidak mampu mencari duit "



hubungi saya: Muhammad ariff izhar
no telefon : 013-220 4717
email : ariff.izhar@yahoo.com 

Pristin (Pelan Simpanan)

PRISTIN


Ambil Satu Langkah Mudah Untuk Menyimpan dan Nikmati Kehidupan Yang Anda Inginkan Sekiranya anda bimbangkan tentang pelaburan wang simpanan anda dan pada masa yang sama tidak langsung melihat sebarang perkembangannya, usahlah ragu lagi. Mulakan simpanan anda dengan Pristin yang memberikan anda jaminan untuk menikmati pulangan dalam jangka masa yang terancang.   Lihat Wang Anda Berganda Dengan Pristin Pristin merupakan pelan Takaful yang menyediakan pulangan tahunan tetap untuk 20 tahun. Bayaran tunai tahunan antara 5% - 10% dari Sumbangan Tahunan Asas semestinya menggandakan wang anda. Dengan Pristin, anda dapat menjalani hidup dengan sepenuhnya dan menikmati ketenangan minda kerana anda sememangnya dilindungi dan mendapat bayaran tunai tahunan yang akan membantu anda menjalani gaya hidup anda.   Siapakah Yang Layak? Orang Dilindungi: Mereka yang berumur di antara 14 hari hingga 60 tahun Peserta: Mereka yang berumur di antara 18 hingga 60 tahun.   Manfaat Utama Yang Ditawarkan Oleh Pristin
Manfaat Kematian
Sekiranya berlaku Kematian ke atas Orang Dilindungi, Jumlah dilindungi berserta semua nilai terkumpul dalam Dana Pelaburan Peserta (DPP), termasuk sebarang keuntungan daripada pelaburan yang dibuat (jika ada) ditolak dengan sebarang hutang akan dibayar secara sekaligus.
Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK)
Sekiranya berlaku HUMK ke atas Orang Dilindungi sebelum umur 65 tahun, Jumlah Dilindungi serta semua nilai terkumpul dalam DPP, termasuk sebarang keuntungan daripada pelaburan yang dibuat (jika ada) akan dibayar.

Jika bayaran agregat Jumlah Dilindungi (setiap seorang yang dilindungi) adalah sehingga RM1 juta, manfaat akan dibayar secara sekaligus. Jika Jumlah Dilindungi adalah melebihi RM1 juta, baki Jumlah Dilindungi akan dibayar satu (1) tahun selepas bayaran pertama dibuat, tertakluk kepada terma dan syarat yang dinyatakan di dalam kontrak sijil.
Manfaat Penyakit Terminal
Setelah Orang Dilindungi didiagnosis mengalami Penyakit Terminal semasa tempoh Takaful atas sebab semula jadi atau kemalangan, jumlah dibayar adalah bersamaan dengan Jumlah Dilindungi serta nilai terkumpul di dalam DPP, jika ada.

Penyakit Terminal ditakrifkan sebagai keadaan yang dijangka akan menyebabkan kematian kepada Orang Dilindungi dalam masa 12 bulan. Orang Dilindungi hendaklah tidak lagi menerima rawatan aktif selain daripada ubat penahan sakit. Diagnosis mestilah disokong dengan pengesahan bertulis oleh pakar yang sewajarnya dan disahkan oleh doktor yang dilantik oleh Pihak Syarikat.
Manfaat Matang
Apabila tempoh Sijil dipenuhi oleh Orang Dilindungi, nilai terkumpul di dalam DPP termasuklah keuntungan DPP dan lebihan dari Dana Risiko Peserta (DRP), jika ada, yang telah diperuntukan kepada Peserta akan dibayar.
Bayaran Tunai Tahunan
Bayaran Tunai Tahunan Tetap berdasarkan pada peratusan Sumbangan Tahunan Berbayar* akan dibayar sepanjang tempoh Sijil selama 20 tahun.
Sijil
Tahun
Bayaran Tunai Tahunan
(% daripada Sumbangan Tahunan Asas* yang Dibayar)
Tahun 1 – 5
5%
Tahun 6 – 20
10%

*Tidak termasuk sumbangan tambahan dan sumbangan rider (jika ada)
Mod sumbangan tahunan: Bayaran dibuat pada permulaan setiap tahun Sijil. Mod sumbangan lain: Bayar dibuat pada penghujung setiap tahun Sijil, tertakluk pada sumbangan penuh yang diterima bagi setiap tahun Sijil
Sumbangan Dengan sumbangan yang berpatutan, anda boleh menyertai Pristin dan menikmati segala manfaat yang ditawarkan oleh pelan ini. Anda juga mempunyai pilihan untuk membayar sumbangan secara bulanan, suku tahunan, setengah tahunan atau tahunan.   Asas Kontrak Pristin menggunakan konsep Tabarru' (derma), di mana Peserta bersetuju untuk menderma atau menyumbang sebahagian jumlah tertentu daripada sumbangan yang dibayar kepada Dana Risiko Peserta (Tabung Tabarru') untuk tujuan membantu dan menolong sesama Peserta jika diperlukan. Pelan ini juga menggunakan konsep Wakalah, di mana Peserta melantik Pengendali Takaful bagi pihak mereka untuk melabur dan menguruskan kedua-dua DRP dan DPP. Yuran Wakalah akan ditolak daripada sumbangan yang dibayar. Baki jumlah akan dilabur ke dalam DRP dan DPP.
Tahun
Sijil
Yuran Wakalah
sebagai % sumbangan
Yuran Tetap Wakalah
setiap tahun
1
90%
RM 60.00
2
50%
RM 60.00
3
31%
RM 60.00
4
25%
RM 60.00
5 - 6
15%
RM 60.00
7 onwards
5%
RM 60.00
Yuran Prestasi daripada Tambahan dalam DRP diagihkan di antara Anda (50%) dan Etiqa (50%). Yuran Insentif daripada keuntungan pelaburan dalam DPP diagihkan di antara anda (90%) dan Etiqa (10%).   Nota Penting Jika Orang Dilindungi membunuh diri semasa waras dalam masa setahun dari Tarikh Sijil Dikeluarkan atau sebarang Tarikh Pengembalian Semula Sijil, tanggungan kami adalah terhad kepada pembayaran balik sumbangan yang telah dibuat atau 60% bayaran daripada Jumlah dilindungi jika perbuatan membunuh diri dilakukan semasa waras, setahun selepas Tarikh Sijil Dikeluarkan atau sebarang Tarikh Pengembalian Semula Sijil Peserta akan diberi tempoh ihsan selama 31 hari dari tarikh akhir sumbangan perlu dibuat dan jika sumbangan belum dibayar pada akhir tempoh ihsan, Sijil akan dilanjutkan di bawah kemudahan sumbangan automatik. Sijil akan berakhir jika jumlah dalam Akaun Peserta tidak mencukupi untuk membayar sumbangan tahunan. Sijil ini mungkin melayakkan anda untuk mendapat pengecualian cukai peribadi yang bergantung kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia. Anda perlu memahami pelan ini dengan sepenuhnya untuk memastikan keperluan anda dapat dipenuhi dengan sebaiknya dan sumbangan yang dibayar di bawah Sijil ini adalah berdasarkan kemampuan anda. Apabila Sijil ditamatkan, matang atau tamat tempoh, semua manfaat di bawah pelan ini akan luput. Jika anda menamatkan Sijil pada tahun-tahun awal, anda mungkin akan mendapat kembali amaun yang kurang daripada jumlah yang telah anda sumbangkan. Prestasi perlaburan dana tersebut akan berdasarkan pada prestasi sebenar dan tidak terjamin. Anda boleh menilai kesesuaian pelan ini dan boleh membatalkan penyertaan anda dalam masa 15 hari dari tarikh penghantaran Sijil, yang melayakkan anda menerima pembayaran balik sumbangan penuh yang telah dibuat, selepas ditolak sebarang perbelanjaan yang ditanggung untuk pemeriksaan kesihatan (jika berkenaan). Manfaat dan/atau pulangan dari pelaburan di bawah Pelan ini akan berdasarkan pada prestasi dana yang sebenar dan tidak dijamin. Risiko dana akan ditanggung sepenuhnya oleh Peserta dan segala manfaat yang diterima mungkin kurang daripada jumlah keseluruhan sumbangan yang dibuat dalam Dana Pelaburan Peserta. Sila pastikan anda merujuk kepada Illustrasi jualan yang berkaitan dengan Sijil yang disediakan kepada anda oleh Etiqa Takaful Berhad. Risalah ini bertujuan untuk rujukan sahaja dan tidak boleh diambil kira sebagai kontrak atau jemputan untuk mengambil bahagian. Etiqa Takaful Berhad didaftarkan di bawah Akta Takaful 1984 dan dikawal oleh Bank Negara Malaysia.

hubungi saya: Muhammad ariff izhar
no telefon      : 013-220 4717
email             : ariff.izhar@yahoo.com

Karisma (Pelan Simpanan)

KARISMA



Mulakan Perlindungan & Simpanan Anda untuk Persedian Hari Esok
Saat-saat bahagia yang dilalui bersama sememangnya indah. Oleh itu, untuk mengekalkannya adalah penting untuk anda menyediakan perlindungan bagi diri dan juga keluarga tersayang daripada situasi tidak diduga. Persedian tersebut hanya boleh dikecapi sekiranya anda mempunyai simpanan yang teratur. Dengan pelan persediaan dan perlindungan yang teratur, anda bukan sahaja memberi jaminan masa depan untuk keluarga tersayang, malah turut melindungi mereka sekalipun anda telah tiada.

"Rata-rata rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan secukupnya. Malah, mereka tidak bersedia akan kepincangan kewangan sekiranya kehilangan pekerjaan atau diberhentikan. Menurut tinjauan terkini oleh Citi's Financial Quotient (Fin-Q) 2008, 12% daripada rakyat Malaysia memberitahu bahawa mereka tidak langsung menabung. Sekiranya seseorang kehilangan perkerjaan, tetapi dengan perbelanjaan tetap berterusan, seorang daripada lima responden menyatakan bahawa simpanan mereka hanya mampu bertahan selama empat minggu. Secara purata, rakyat Malaysia dilaporkan mempunyai peruntukan simpanan untuk 11 minggu"*
*Sumber: The Star, 19 February 2009

Perlindungan Menyeluruh dengan Manfaat Jangka Panjang
Karisma ialah pelan Takaful yang menyediakan perlindungan dan simpanan. Ia juga memberikan anda Pembayaran Tunai sehingga 10% daripada jumlah Asas Dilindungi yang akan dibayar setiap dua (2) tahun sepanjang tempoh pelan. Dengan perlindungan fleksibel untuk Peserta dan Orang Dilindungi, anda boleh memilih tempot perlindungan untuk 20 atau 30 tahun.

Manfaat Utama
Manfaat Hidup
Nikmati Pembayaran Tunai tetap sehingga 10% daripada jumlah Asas Dilindungi pada akhir setiap dua (2) tahun Sijil sepanjang tempoh Sijil tersebut.

Tahun Sijil
% Jumlah Asas Dilindungi
2 - 10
5%
12 - 20
7.5%
22 onwards
10%
Manfaat Kematian
Sekiranya berlaku kematian terhadap Orang Yang Dilindungi disebabkan faktor semula jadi atau akibat kemalangan, Jumlah Dilindungi, Perbelanjaan Pengebumian sebanyak RM1,000, berserta nilai terkumpul dalam Dana Pelaburan Peserta (DPP), termasuk sebarang keuntungan daripada pelaburan dana tersebut (jika ada) akan dibayar sekaligus.
Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK)
Sekiranya HUMK berlaku terhadap Orang Dilindungi sebelum usia 65 tahun, Jumlah Dilindungi termasuk nilai terkumpul dalam DPP, termasuk sebarang keuntungan daripada pelaburan dana tersebut (jika ada) akan dibayar.

Jika Jumlah agregat yang Dilindungi mencapai sehingga RM1 juta, ia akan dibayar sekaligus. Jika Jumlah Dilindungi melebihi RM1 juta, makan baki Jumlah dilindungi akan dibayar satu (1) tahun selepas pembayaran pertama dilakukan, tertakluk pada terma dan syarat yang dinyatakan dalam kontrak Sijil.
Manfaat Matang
Sekiranya Orang Dilindungi masih hidup sehingga akhir tempoh Takaful, nilai terkumpul dalam DPP termasuk keuntungan daripada pelaburan dana tersebut dan Dana Pelaburan Peserta (jika ada), yang telah diperuntukkan kepada Peserta akan dibayar.
Perlindungan Fleksibel
Lebih fleksibel untuk menambah perlindungan dengan pilihan rider untuk Orang Dilindungi dan Peserta.

Rider untuk Orang Dilindungi
Kematian dan Hilang Upaya Akibat Kemalangan
Manfaat Kematian atau Hilang Upaya Akibat Kemalangan.
Indemniti Kemalangan
Indemniti kemalangan untuk kematian atau HUMK, Hilang Upaya Separa Kekal (HUSK), Hilang Upaya Menyeluruh Sementara (HUMS) (mingguan), belanja pembedahan dan perubatan. Indemniti berganda tertakluk pada klausa.
Penyakit Kritikal
Manfaat tambahan selepas didiagnosis menghidapi mana-mana 36 jenis Penyakit Kritikal.
Pengecualian Sumbangan untuk Penyakit Kritikal
Sumbangan akan datang dikecualikan selepas didiagnosis menghidapi mana-mana 35 jenis Penyakit Kritikal.
Manfaat Tunai di Hospital
Manfaat Tunai Harian jika anda dimasukkan ke hospital.
"Medic Save"
Pelan Hospital dan Perubatan.
Rider Bertempoh
Perlindungan tambahan akibat Kematian dan HUMK
Kekerapan Tambah Nilai
Kemudahan untuk menambah nilai pelaburan.

Rider untuk Pesertat
Pengecualian Sumbangan untuk Rider Penyakit Kritikal (Pembayar)
Sumbangan akan datang dikecualikan selepas didiagnosis menghidapi mana-mana 35 jenis Penyakit Kritikal.
Pengecualian Sumbangan untuk Kematian dan HUMK
Sumbangan akan dikecualikan untuk Kematian dan HUMK.
Rider Bertempoh (Pembayar)
Perlindungan tambahan akibat Kematian dan HUMK.
Manfaat Pendapatan Keluarga
Manfaat bertempoh akan dibayar secara tahunan di atas tempoh baki rider.

Ciri-ciri Utama
Umur Layak Penyertaan*
Minimum: 14 hari
Maksimum: 55 tahun
Had Umur Peserta/Pemilik Sijil*
Minimum: 19 tahun
Maximum: Tiada umur maksimum
Had Umur Matang*
Maximum: 85 tahun
Tempoh Yang Ditawarkan
20 or 30 tahun
Jumlah Dilindungi
Minimum: RM 12,500
Maksimum: Tertakluk kepada Penaja Jamin
Sumbangan Minimum
Tertakluk pada Jumlah Minimum Dilindungi
Kaedah Pembayaran
Bulanan, Suku Tahunan, Setengah Tahunan atau Tahunan
*Umur pada hari lahir berikutnya

Asas Kontrak
Pelan ini adalah berasaskan konsep Tabarru', di mana Peserta bersetuju untuk menyumbang (menderma) jumlah tertentu ke dalam Dana Risiko Pelaburan (DRP)/Dana Tabarru' bagi tujuan membantu antara satu sama lain di saat memerlukan.
Pelan ini juga mengaplikasikan konsep Wakalah, di mana Peserta melantik Etiqa Takaful Berhad bagi mewakili pihak Peserta untuk membuat pelaburan dan menguruskan DRP (Tabarru') dan DPP. Bakinya akan diserapkan ke DRP dan DPP.
Tahun
Sijil
Fi Wakalah sebagai
% daripada Sumbangan
Fi Wakalah
Tetap Tahunan
1
90%
RM 60.00
2
50%
RM 60.00
3
31%
RM 60.00
4
25%
RM 60.00
5
15%
RM 60.00
6
15%
RM 60.00
7 dan seterusnya
5%
RM 60.00
Lebihan dalam DRP akan dibahagikan di antara Anda (50%) dan Etiqa (50%) sebagai Fi Prestasi.
Keuntungan pelaburan dari DPP akan dibahagikan di antara Anda (90%) dan Etiqa (10%) sebagai Fi Insentif.

Nota Penting
Jika Orang Dilindungi membunuh diri semasa waras dalam tempoh setahun dari Tarikh Sijil Dikeluarkan atau sebarang Tarikh Pengembalian Semula Sijil, tanggungan kami adalah terhad kepada pembayaran balik sumbangan yang telah dibuat atau 60% bayaran daripada Jumlah Dilindungi jika perbuatan membunuh diri dilakukan semasa waras, setahun selepas Tarikh Sijil Dikeluarkan atau sebarang Tarikh Pengembalian Semula Sijil.
Peserta akan diberi tempoh ihsan selama tiga puluh satu (31) hari dari tarikh akhir sumbangan perlu dibuat dan jika sumbangan belum dibayar pada akhir tempoh ihsan. sijil akan dilanjutkan di bawah kemudahan sumbangan automatik (ACF-Automatic Contribution Facility). Sijil akan berakhir jika jumlah dalam Akaun Peserta tidak mencukupi untuk membayar sumbangan tahunan.
Sijil ini mungkin melayakkan anda untuk mendapat pengecualian cukai peribadi yang bergantung kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.
Anda perlu memahami pelan ini dengan sepenuhnya untuk memastikan keperluan anda dapat dipenuhi dengan sebaiknya dan sumbangan yang dibayar di bawah Sijil ini adalah berdasarkan kemampuan anda.
Apabila Sijil ditamatkan, matang atau tamat tempoh, semua manfaat di bawah pelan ini akan luput. Jika anda menamatkan Sijil pada tahun-tahun awal, anda mungkin akan mendapat kembali amaun yang kurang daripada jumlah yang telah anda sumbangkan.
Anda boleh menilai kesesuaian pelan ini dan boleh membatalkan penyertaan anda dalam tempoh lima belas (15) hari dari tarikh akhir penghantaran Sijil, yang melayakkan anda menerima pembayaran balik sumbangan penuh yang telah dibuat, selepas ditolak sebarang perbelanjaan yang ditanggung untuk pemeriksaan kesihatan (jika berkenaan)
Manfaat dan/atau pulangan dari pelaburan di bawah pelan ini akan berdasarkan pada prestasi dana yang sebenar dan tidak dijamin. Risiko dana akan ditanggung sepenuhnya oleh peserta dan segala manfaat yang diterima mungkin kurang daripada jumlah keseluruhan sumbangan yang dibuat dalam Dana Pelaburan Peserta.
Sila pastikan anda merujuk kepada Illustrasi jualan yang berkaitan dengan Sijil yang disediakan kepada anda oleh Etiqa Takaful Berhad.
Risalah ini bertujuan untuk rujukan sahaja dan tidak boleh diambil kira sebagai kontrak atau jemputan untuk mengambil bahagian. Etiqa Takaful Berhad didaftarkan di bawah Akta Takaful 1984 dan dikawal oleh Bank Negara Malaysia.

hubungi saya: Muhammad ariff izhar
no telefon      : 013-220 4717
email             : ariff.izhar@yahoo.com

Harmoni (Pelan Simpanan)

Impian Masa Hadapan Lebih Cerah

Setiap individu mempunyai impian kereta mewah, rumah besar mahupun kehidupan yang selesa selepas bersara.
Sebagai individu yang bijak anda tahu kepentingan menyimpan untuk masa hadapan yang lebih baik.
Namun ada kalanya sesuatu yang tidak diduga berlaku dan simpanan anda perlu digunakan semasa kecemasan.


Mengikut statistik, 19 orang dimasukkan ke hospital setiap jam; dianggarkan 1,035 orang meninggal dunia akibat kemalangan setiap tahun dan ramai yang tiada simpanan untuk kegunaan waris ataupun ahli keluarga. Berusahalah untuk masa hadapan yang lebih cerah kerana hidup ini penuh dengan ketidakpastian.

Dengan Harmoni, anda boleh menarik nafas lega memandangkan kewangan mereka yang anda sayangi terjamin.



Pengenalan Pelan

Merupakan pelan Takaful Keluarga yang menawarkan PERLINDUNGAN beserta SIMPANAN untuk masa hadapan. Pelan ini ditawarkan kepada individu yang berumur 14 hari hingga 60 tahun sahaja.

Peserta yang menyertai pelan ini akan mendapat manfaat bila berlaku kematian atau keilatan kekal dan menyeluruh di sepanjang tempoh  penyertaan sehingga tamat tempoh sijil.

Pelan ini sesuai kepada sesiapa sahaja yang memerlukan perlindungan takaful dan dalam masa yang sama mereka juga memerlukan simpanan untuk masa hadapan. 

Pengeluaran Dana Pelaburan Peserta ( DPP ) Peserta dibenar mengeluarkan wang dari Akaun Simpanan pada bila bila masa dan tidak dikenakan sebarang kadar faedah ( tertakluk kepada terma dan syarat )

Manfaat asas untuk pelan ini adalah seperti berikut:
  • Manfaat kematian
  • Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh
  • Pulangan tunai ketika sijil matang

Manfaat kematian
  • Termasuk kematian atas sebab penyakit atau kemalangan

Manfaat Keilatan Kekal dan Menyeluruh
  1. Keilatan disebabkan oleh kecederaan tubuh yang menghalang orang yang dilindungi daripada melakukan sebarang urusniaga atau pekerjaan atau melakukan sebarang kerja untuk mendapatkan upah, pampasan, atau untung dengan syarat keilatan  tersebut mestilah berterusan tanpa sebarang gangguan untuk tempoh tidak kurang dari enam bulan
  2. Hilang keseluruhan penglihatan pada kedua belah mata, atau hilang/putus kedua belah tangan pada/atas pergelangan tangan; atau hilang/putus kedua belah kaki pada/atas buku lali, atau hilang/putus satu tangan pada/atas pergelangan tangan dan hilang/putus satu kaki pada/atas buku lali, atau kehilangan penglihatan untuk sebelah mata yang tidak dapat dipulihkan dan hilang/putus keseluruhan lengan/kaki pada/atas pergelangan tangan atau buku lali.
Untuk pelan juvana, hanya ( 2 ) sahaja terpakai

Pembayaran Manfaat Kematian

Manfaat Kematian Biasa dan Kematian Akibat Kemalangan

Jumlah perlindungan + Dana Pelaburan Peserta + Mudharabah dari Akaun Peserta Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh

Manfaat Keilatan Kekal dan Menyeluruh

Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh akibat penyakit dan kemalangan( sebelum usia 65 tahun )

Manfaat ini akan dibayar sekaligus jika manfaat perlindungan bersamaan atau kurang dari satu juta 
( Rm 1,000,000 ) kepada peserta .

Manfaat hanya akan dibayar secara berperingkat jika jumlah perlindungan melebihi RM 200,000 
dan umur peserta akan datang kurang dari 5 tahun seperti berikut:-

Tahun pertama      :         20% dari jumlah perlindungan + Jumlah Simpanan Peserta + Keuntungan dari Akaun Peserta 

Tahun kedua         :         40% dari Jumlah perlindungan

Tahun ketiga         :          60% dari jumlah perlindungan

Tahun keempat     :          80% dari jumlah perlindungan

Tahun kelima         :          100% dari jumlah perlindungan


Tambahkan Nilai Pelan Anda

Sekiranya anda ingin menambah nilai Harmoni dengan lebih perlindungan dan kelonggaran,
hanya pilih antara Rider berikut :-

1. Rider Manfaat Kematian dan kecacatan Akibat Kemalangan.
2. Rider Penyakit Kritikal
3. Rider Pengecualian Sumbangan untuk Penyakit Kritikal.
4. Rider Pendecualian Sumbangan untuk Kematian dan Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal.
5. Rider Manfaat Tunai Hospital.
6. Rider Medic Save.
7. Rider Indemniti Kemalangan.
8. Rider Manfaat Pendapatan Keluarga.
9. Rider Bertempoh.
10. Rider Tambah Nilai Tetap.


Kaedah Pembayaran seperti berikut : 

* Bulanan, Suku Tahunan, Setengah Tahunan atau Tahunan.

Pembahagian Yuran Prestasi dan Insentif.

* Yuran Prestasi daripada lebihan di dalam Dana Risiko Peserta.

    Peserta          :  50%
    eTiQa Takaful :  50%

* Yuran Insentif daripada keuntungan Pelaburan di dalam Dana Pelaburan Peserta.

    Peserta          :   85%
    eTiQa Takaful :   15%


Siapa yang boleh menyertai:
a)Umur dari berusia 14 hari hingga 60 tahun.
b) Sumbangan minima RM70.00 sebulan.

hubungi saya: Muhammad ariff izhar
no telefon      : 013-220 4717
email             : ariff.izhar@yahoo.com

Mabrur (Pelan Simpanan Haji)

Takaful Haji & Umrah(Mabrur)




Sebagai salah satu rukun Islam, adalah menjadi kewajipan ke atas setiap Orang Islam yang mampu mengerjakan Haji, untuk menjadi tetamu Allah sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup. Sebagai satu perhimpunan tahunan terbesar di dunia, Haji adalah simbolik kepada perpaduan umat Islam sebagai penyerahan kepada Tuhan. Ia adalah satu perjalanan yang indah untuk memohon keampunan, sebagai satu bentuk jihad paling mudah dan peluang untuk menebus dosa dan bermula semula dalam keadaan diri yang bersih lagi suci.
Dengan perjalanan yang penting ini, perancangan awal dan terbaik adalah perlu bagi memastikan anda telah bersedia secara mental, spiritual dan paling utama, kewangan. Mulakan perancangan sekarang untuk mencapai destinasi utama anda.
Mabrur ialah pelan Takaful simpanan dan perlindungan komprehensif yang melengkapkan persediaan anda untuk menunaikan ibadah Haji dan Umrah. Etiqa menyediakan One Stop Center untuk anda merancang perjalanan Haji dan Umrah yang lebih baik. Kami akan membantu proses pembukaan akaun Tabung Haji tanpa bayaran dan pendaftaran Haji anda setelah Bayaran Tunai tetap pertama dibayar.
Pelan ini disertakan Bayaran Tunai tetap yang dibayar pada akhir tahun ke-3 sijil dan setiap tahun yang berikutnya dengan Bayaran Tunai tetap sebanyak 10% akan dibayar pada akhir tahun ke-3 sijil. Bayaran Tunai tetap ini akan dikumpulkan di dalam akaun Tabung Haji sebagai simpanan untuk memenuhi keperluan spiritual dan pelan-pelan lain anda dan yang tersayang. Pelan ini menyediakan perlindungan komprehensif untuk kedua-duanya, Peserta dan Orang Dilindungi, malah anda mempunyai fleksibiliti untuk memilih tempoh perlindungan dari 20 sehingga 30 tahun.

Nikmati Bayaran Tunai tetap sehingga 10% daripada Jumlah Asas Dilindungi. Bayaran Tunai pertama akan dibayar pada akhir tahun ke-3 sijil dan setiap tahun berikutnya:
Tahun 3 = 10%.
Tahun 4 – 14 = 3%
Tahun 15 – 24 = 4%
Tahun 25 – 30 = 5%
Tambahan menjelang tempoh matang  = 10%
Jumlah Keseluruhan =123%
Semua Bayaran Tunai tetap akan secara automatik dikreditkan ke dalam akaun Tabung Haji Orang Dilindungi untuk menabung bagi tujuan menunaikan Haji atau Umrah dan pelan masa depan yang lain. Apabila mencapai tempoh matang, Bayaran Tunai tetap tambahan sebanyak 10% daripada Jumlah Asas Dilindungi akan dibayar kepada Orang Dilindungi.

Manfaat Matang

Pada akhir tempoh Takaful, nilai terkumpul dalam Dana Pelaburan Peserta (DPP), jika ada, termasuk keuntungan daripada pelaburan dana tersebut , dan lebihan Dana Risiko Peserta (DRP), jika ada, yang telah diperuntukkan akan dibayar kepada Peserta
Manfaat Kematian

Jika Orang Dilindungi meninggal dunia akibat kemalangan atau sebab semula jadi, amaun Jumlah Dilindungi, Perbelanjaan Pengebumian sebanyak RM1,000 berserta nilai terkumpul dalam DPP, termasuk sebarang keuntungan DPP dari pelaburannya dan DRP, jika ada, akan dibayar.

Indemniti Berganda ke atas Kematian akibat Kemalangan

Kami menyediakan tambahan 100% daripada Jumlah Dilindungi yang dibayar jika Orang Dilindungi meninggal dunia sebelum umur 70, disebabkan kemalangan yang berlaku semasa mengerjakan Haji atau Umrah di Makkah atau Madinah.
Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK)

Jika Orang Dilindungi mengalami HUMK sebelum umur 65 pada hari lahir berikutnya, amaun Jumlah Dilindungi ditambah semua nilai terkumpul di dalam DPP, termasuk sebarang keuntungannya (jika ada) akan dibayar. Jika agregat Jumlah Dilindungi (bagi setiap Orang Dilindungi) ialah sehingga RM1 juta, ia akan dibayar secara sekaligus. Jika Jumlah DIlindungi melebihi RM1 juta, baki Jumlah Dilindungi akan dibayar satu (1) tahun selepas bayaran pertama dibuat, tertakluk kepada terma dan syarat-syarat yang dinyatakan di dalam Sijil Takaful.
Manfaat Badal Haji

Jika berlaku perkara yang tidak diingini iaitu kematian atau HUMK sebelum sempat menunaikan Haji, kami akan memastikan kewajipan Haji Orang Dilindungi disempurnakan dengan membayar RM3,000 kepada Peserta atau Penama untuk menunaikan Badal Haji bagi pihak anda. Manfaat ini akan ditunaikan jika Elaun Haji tidak dituntut dan Orang Dilindungi mesti berumur 16 tahun ke atas. Untuk HUMK, Orang Dilindungi tidak melebihi umur 65 tahun.

Elaun Haji dan Umrah*

Elaun sebanyak RM1,000 akan dibayar bagi mengerjakan Haji dan Umrah. Jika Orang Dilindungi mengerjakan Haji dan Umrah pada masa yang sama, hanya elaun Haji akan dibayar. Manfaat Haji dan Umrah tidak boleh dituntut dalam tahun sijil yang sama dan dengan syarat jarak 12 bulan dan tarikh tuntutan terakhir dibuat.

Manfaat Ihsar*

Apabila Orang Dilindungi dalam keadaan berihram dan terhalang dari menunaikan Haji atau Umrah akibat keadaan kesihatan, Manfaat Ihsar sehingga RM1,000 sepanjang tempoh perlindungan akan dibayar untuk pembayaran balik kos penyembelihan haiwan.

Elaun Penjagaan Anak*

Apabila menunaikan Haji, Orang Dilindungi akan menikmati ketenangan minda apabila anak-anaknya terjaga. Elaun Penjagaan Anak sebanyak RM1,000 akan dibayar. Umur anak mestilah tidak melebihi 18 tahun.
* Sijil hendaklah berkuatkuasa sekurang-kurangnya 5 tahun dan semua sumbangan telah dibayar
Manfaat tambahan (pilihan) pelan ini:
1. Kad Perubatan
7. Elaun Wad
8. Perlunasan Sumbangan
9. Tambah-nilai Sumbangan (jika anda ingin menambah nilai tabung simpanan anda)

hubungi saya: Muhammad ariff izhar
no telefon      : 013-220 4717
email             : ariff.izhar@yahoo.com